Friday , 22 September 2017
Home / Produk Isteri / Dalaman Wanita / Jamu Ratu Dara
Cara Pembelian

Jamu Ratu Dara

Jamu Ratu Dara

HARGA JUALAN: RM32.90
POS PERCUMA

Jamu Ratu Dara diadun dari herba tradisional seperti gajah beranak, kunyit, kacip Fatimah dan manjakani diformulasikan khusus untuk membantu melancarkan kitaran haid, merapatkan bahagian intim, mengecutkan rahim selepas bersalin, serta mengurangkan risiko kanser rahim dan payudara.

WHATSAPP/SMS

016-316 1908

Pertanyaan/pembelian sila sms/whatsapp no diatas. Kelewatan reply bukan bermaksud kami menipu tp kami juga manusia biasa yg perlu mkn, solat & tidur.

Jamu Ratu Dara tidak bersifat panas dan ia boleh diamalkan oleh wanita yang berumur 18 tahun ke atas. Penghidap kencing manis dan darah tinggi juga boleh mengamalkan Jamu Ratu Dara. Ibu menyusu juga boleh mengamalkan Jamu Ratu Dara malah ia diperakui boleh memperbanyakkan air susu ibu.

Jamu Ratu Dara boleh meningkatkan kesuburan wanita serta boleh membantu mendapatkan zuriat. Ia adalah produk yang berkualiti tinggi dan dijual dengan harga harga ekonomi dan mampu milik bagi semua pengguna.

Sesuai untuk para isteri dan anak dara.

3 Fasa Jamu Ratu Dara

Fasa Pertama (Mencuci dan Membuang)

Pada fasa pertama ini, herba-herba unik Jamu Ratu Dara akan bertindakbalas mencuci dan membuang segala toksin, darah kotor, keputihan dan sisa2 haid/buangan yg tersangkut dengan kadar yang optima bagi badan. Sedikit ketidakselesaan mungkin berlaku pada fasa ini tetapi tidak lama & ditahap ringan. Pengambilan air masak yg banyak setiap hari amat penting pada peringkat ini bagi membantu mempercepatkan proses ini.

Fasa Kedua (Merawat)

Ketika proses mencuci & menyahtoksin berlaku, herba2 hebat Jamu Ratu Dara juga bekerja secara selari merawat bahagian dalaman wanita agar kembali kepada keadaan asal yang optima. Pada fasa ini, Jamu Ratu Dara membantu melancarkan peredaran darah, mengembalikan elastisiti dalaman vagina dan rahim dan juga berupaya merawat luka-luka dalaman bagi yg lepas bersalin.

Fasa Ketiga (Mencegah)

Setelah dalaman wanita berada di tahap yg sihat dan terbaik, herba-herba hebat Jamu Ratu Dara akan berterusan membekalkan khasiat-khasiat yg penting bagi badan supaya dalaman anda sentiasa berada ditahap yang terbaik dan seterusnya dapat membantu mencegah berlakunya penyakit2 yg berisiko.

Jamu Ratu Dara

Khasiat Jamu Ratu Dara

  • Berkesan merapatkan dan menghangatkan bahagian keintiman wanita persis perawan
  • Mengembalikan tenaga batin wanita
  • Merawat keputihan dengan sangat berkesan
  • Melancarkan perjalanan haid
  • Membantu mengatasi sengugut ketika haid
  • Membantu normalkan semula kitaran haid
  • Membantu mengeluarkan sisa-sisa darah haid yang tidak lawas
  • Sangat berkesan untuk membuang angin dalam badan
  • Membantu mengatasi sakit urat
  • Membantu menghilangkan lesu dan letih badan
  • Memulihkan kembali tenaga
  • Membantu melancarkan peredaran darah
  • Membantu membuang toksin dalam badan
  • Mengecut dan menguatkan rahim bagi wanita lepas bersalin
  • Membantu memperbanyakkan air susu ibu
  • Membantu memulihkan dalaman wanita yang keguguran
  • Meningkatkan kesuburan wanita
  • Membantu mendapatkan zuriat
  • Melawaskan pembuangan air besar dan kecil
  • Membantu menurunkan berat badan
  • Membantu mencegah barah payudara dan rahim
  • Membantu mecantikkan kulit dan menjadikan muka segar kemerah-merahan
  • Seri awet muda dan melambatkan penuaan

Kandungan Jamu Ratu Dara

Gajah Beranak: Herba gajah beranak atau Goniothalamus Macrophyllus sering digunakan oleh masyarakat Malayu dalam perubatan tradisional bagi merawat demam dan menyegarkan tubuh badan di samping membantu memulihkan luka dan kedudukan rahim setelah bersalin, mencuci darah serta menstabilkan kitaran haid.

Manjakani: Manjakani bersifat antioksidan yang bukan sahaja mampu menyahtoksin, malah melambatkan proses penuaan sel, menentang serangan kanser payudara dan rahim. Sifatnya astringennya pula berperanan penting untuk membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada bahagian intim wanita, di samping mengatasi masalah keputihan dan mengecutkan tisu faraj.

Kacip Fatimah: Kacip Fatimah terbukti mampu mengatasi masalah keputihan di samping melancarkan kitaran haid wanita, menyegarkan bahagian intim dan meningkatkan fungsi seksual wanita selain mencegah serangan penyakit.

Habbatussauda: Lebih dikenali dengan Habbatus Sauda, ia terbukti mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh manusia. Ia mengandungi Nigellin, Sterols, minyak Volatile dan asid lemak yang membantu memelihara saluran pencernaan, menstabilkan kandungan kolestrol, merawat masalah pernafasan, dan memelihara kesihatan hati. Ramuan ini juga bertindak meningkatkan daya ketahanan tubuh, meningkatkan tahap stamina, serta berfungsi sebagai anti-oksida.

Cekur: Cekur yang turut dipanggil kencur ini bersifat antibakteria, antikulat dan antiradang serta berupaya membekalkan khasiat bagi kesihatan tubuh badan. Ia kaya dengan kandungan air, zink, kalsium dan zat besi yang membantu membuang angin dalam badan dan meredakan demam panas di samping berupaya mengecutkan rahim serta sesuai untuk diambil ibu dalam pantang.

Kunyit: Kunyit bersifat antioksidan dan berupaya mencegah kerosakan sel, melambatkan proses penuaan serta mengurangkan risiko serangan kanser. Ia juga berupaya meningkatkan kecerahan dan ketegangan kulit di samping menghapuskan bintik-bintik hitam pada wajah dan mengatasi masalah kulit dan kegatalan. Selain itu, kunyit turut mempunyai sifat antiseptik yang berperanan mencegah serangan kuman dan menggalakkan penyembuhan luka.

Kaki Gajah (Elephantopus Scaber): Herba yang turut dikenali sebagai Tutup Bumi ini bukan sahaja berupaya membantu melancarkan proses bersalin dan memulihkan kedudukan rahim setelah bersalin, malah turut berupaya mengatasi kitaran haid yang tidak stabil dan meredakan kesakitan ketika haid, mengatasi masalah kulit seperti eczema, melancarkan proses percernaan serta menentang jangkitan bakteria. Di samping itu, herba yang bertindak sebagai agen antiradang ini juga membantu mencegah pelbagai jenis penyakit seperti anemia iaitu kekurangan darah merah dalam tubuh serta leucorrhea yang merupakan cecair kekuningan yang keluar dari faraj sekaligus membantu mengurangkan risiko jangkitan pada bahagian tersebut.

Akar Serapat: Akar Serapat berupaya memperbaiki dan menegangkan tisu faraj selain membantu menghalus serta mencantikkan kulit. Akar Serapat juga membantu mengukuhkan otot dan sendi, di samping mengatasi kekejangan otot rahim dan kelesuan ketika haid. Herba ini mampu melancarkan peredaran darah untuk meningkatkan kadar oksigen sekaligus meningkatkan fungsi organ dan tahap kesihatan wanita.

Cara Penggunaan Jamu Ratu Dara

Sudah Berkahwin

  1. Makan 2 kapsul pagi (selepas makan) & 2 kapsul sebelah malam utk 1 minggu yang pertama.
  2. Minggu ke-2 dan seterusnya, makan 2 kapsul setiap hari sehingga datang bulan.
  3. Ketika haid, perlu hentikan pengambilan Jamu Ratu Dara.
  4. Selepas habis haid, ulangi langkah-langkah diatas kembali.

Pada bila-bila masa sahaja, anda boleh menambah dos kepada maksima 4 kapsul sehari sekiranya anda perlukan ekstra tenaga, ekstra rapat, alami keputihan yg ekstra & perlukan ekstra khasiat-khasiat lain di dalam Jamu Ratu Dara. Badan anda, hanya anda yg tahu.

Untuk Ibu Menyusu

  1. Makan 1 biji kapsul selepas makan, selama 3 hari berturut-turut untuk lihat keserasian bayi terhadap herba Jamu Ratu Dara.
  2. Jika bayi anda tidak meragam atau cirit-birit, boleh teruskan pengambilan ke 2 biji kapsul sehari.
  3. Jika bayi anda tidak serasi, sila kurangkan dos ke 1 biji kapsul sehari semula.

Kebanyakan ibu menyusu yang mengikuti aturan di atas, lazimnya tiada sebarang masalah yang dihadapi oleh bayi mereka, malah diperakui dapat membantu membanyakkan air susu ibu.

Anak Dara 18 Tahun Keatas

  1. Makan 1 kapsul pagi (selepas makan) & 1 kapsul sebelah malam utk 1 mggu yg pertama.
  2. Minggu ke-2 dan seterusnya, makan 1 kapsul setiap hari sehingga datang bulan.
  3. Ketika haid, perlu hentikan pengambilan Jamu Ratu Dara.
  4. Selepas habis haid, ulangi langkah-langkah diatas kembali.

Pada bila-bila masa sahaja, anda boleh menambah dos kepada maksima 4 kapsul sehari sekiranya anda perlukan ekstra tenaga, alami keputihan yg ekstra & perlukan ekstra khasiat-khasiat lain di dalam Jamu Ratu Dara. Badan anda, hanya anda yg tahu.

Darah Tinggi/Diabetis

  1. Makan 1 biji kapsul selepas makan, selama 3 hari berturut-turut untuk lihat keserasian badan anda terhadap herba Jamu Ratu Dara.
  2. Jika badan anda tidak menunjukan sebarang alahan, boleh tambahkan dos kepada 2 biji kapsul setiap hari. Dos maksima untuk anda adalah 2 biji kapsul setiap hari sahaja.

Tips Pengambilan:

  • Pastikan anda minum air yang banyak untuk kesan yang lebih baik.
  • Lihat tahap penerimaan badan anda. Sesuaikan mengikut tahap penerimaan badan masing-masing.
  • Ini adalah persediaan herba tradisional yg terpilih.

 Larangan:

  • Wanita mengandung TIDAK DIBENARKAN makan Jamu Ratu Dara.
  • Sila hentikan pengambilan Jamu Ratu Dara ketika haid untuk berikan tubuh anda masa untuk rehat dari pengambilan Jamu Ratu Dara. Boleh sambung semula selepas habis haid.

Soalan Lazim Mengenai Jamu Ratu Dara

S: Mengapakah saya mengalami rasa pening, mengantuk, mual, berdenyut di payudara dan ari-ari dan keluar keputihan yang sangat banyak selepas cuba Jamu Ratu Dara?
J: Jika anda mengalami pening2, mengantuk, rasa mual, payudara dan ari-ari rasa berdenyut, keluar keputihan yg banyak pada awal pengambilan, itu adalah normal dan merupakan tindak balas dari herba dalam Jamu Ratu Dara (JRD). Segala tindak balas adalah bergantung kepada antibodi dan ketahanan badan masing-masing. Setiap tindakbalas ini juga berbeza diantara setiap individu. Tindakbalas ini hanyalah sementara dan akan apabila proses detox selesai nanti.

S: Boleh terangkan apa punca pening kepala, mengantuk dan keluar keputihan/ketulan darah yang agak banyak? Adakah ia merupakan tindak balas awal yang berlaku selepas saya mula mengamalkan Jamu Ratu Dara?
J: Ya, apa yang berlaku adalah proses tindak balas awal di sebabkan proses detox atau nyah-toksin oleh herba Jamu Ratu Dara terhadap tubuh anda. Berikut adalah penerangan yang lebih terperinci untuk info anda :

i)              Pening kepala.
Pening kepala terjadi disebabkan oleh metabolisme di dalam badan yang rendah dan proses ini membantu meningkatkatkan kembali metabolisme badan. Untuk mengatasi masalah tersebut minum banyak air kosong. Sekurang-kurangnya minima 8 gelas satu hari sehingga ke 2 liter sehari. Lagi banyak anda minum, lagi bagus untuk tubuh anda.

ii)             Mengantuk atau penat di peringkat awal pegambilan Jamu Ratu Dara.
Ia adalah tindak-balas pemulihan dan berlaku hanya sementara sahaja. Itu adalah tanda banyak toksin didalam badan. Ini kerana tahap kolesterol di dalam badan terlalu tinggi dan toksin yg banyak di dalam badan. Proses penurunan kolesterol dan penyingkiran toksin akan menyebabkan tindak balas ini berlaku untuk beberapa hari sahaja. Insya’Allah anda akan kembali normal dan segar selepas itu.

iii)            Keluar keputihan yang banyak.
Itu adalah normal.Teruskan makan Jamu Ratu Dara. Ianya adalah sebahagian dari proses pemulihan. Selepas seminggu (mungkin lebih lama) keadaan akan pulih seperti biasa bergantung kepada tahap dan serius mana keputihan yang dialami oleh individu tersebut. Tempoh yang diambil untuk menghilangkan keputihan iniadalah berbeza bagi setiap individu. Pengambilan yang konsisten akan dapat menghilangkan terus keputihan dan juga bau yang tidak menyenangkan.

iv)          Sakit atau rasa berdenyut di bahagian ari-ari dan payudara.
Sakit  di bahagian ari-ari atau payudara adalah normal dan ia cuma sementara kerana dalam proses membaik pulih kan rahim dan payudara tersebut. Untuk bahagian ari-ari  ini , ia adalah kerana rahim anda tidak berapa sihat. Mungkin ada masalah dalaman. Jika rahim tidak sihat, muka pun kurang berseri.

S : Semasa pengambilan Jamu Ratu Dara, bolehkah seseorang itu mengambil makanan tambahan, vitamin, pil perancang atau lain-lain supplement?
J : Jamu Ratu Dara di buat 100% daripada herba-herba terpilih yang berkhasiat dalam proses penyembuhan dan kesegaran tubuh badan. Tiada sebarang masalah tetapi di nasihatkan untuk menjarakkan masa pengambilan antara ubat-ubatan lain itu sekurang-kurangnya 2 jam – 4 jam.

S : Siapakah yang DI LARANG untuk makan dan mengamalkan Jamu Ratu Dara ini?
J : Ibu yang mengandung DI LARANG makan Jamu Ratu Dara.

S: Adakah boleh mengamalkan Jamu Ratu Dara selepas bersalin normal / bersalin secara pembedahan?
J : Bagi ibu yang baru melahirkan anak sama ada secara normal atau pembedahan boleh mengambil Jamu Ratu Dara pada hari ke-20 dalam pantang. Jamu Ratu Dara dapat mengembalikan tenaga, menegangkan kembali otot-otot dalaman, menyembuh luka bersalin, memulihkan dalaman dan menyempitkan lagi faraj dan boleh mengecutkan rahim.

S : Jamu Ratu Dara panas tak? Boleh membantu mendapatkan zuriat?
J : Jamu Ratu Dara tidak panas. Insya-Allah boleh membantu menyuburkan rahim dan membantu untuk menambahkan kesempurnaan hubungan suami isteri. Ramai pengguna Jamu Ratu Dara sudah berjaya mengandung. Tetapi kami tidak menjanjikan  makan sebotol dua, anda terus mengandung ya. Usaha, doa, tawakal dan yakin untuk hasil yang lebih baik.

S : Ibu menyusu boleh makan Jamu Ratu Dara tak?
J : Ibu menyusu boleh makan Jamu Ratu Dara. Berikut adalah cara pengambilan yang di sarankan bagi ibu menyusu badan :

1. Makan 1 biji kapsul selepas makan, selama 3 hari berturut-turut untuk lihat keserasian bayi terhadap herba Jamu Ratu Dara.
2. Jika bayi anda tidak meragam atau cirit-birit, boleh teruskan pengambilan ke 2 biji kapsul sehari.
3. Jika bayi anda tidak serasi, sila kurangkan dos ke 1 biji kapsul sehari semula.

**Kebanyakan ibu menyusu yang mengikuti aturan di atas, lazimnya tiada sebarang masalah yang dihadapi oleh bayi mereka, malah diperakui dapat membantu membanyakan air susu ibu.

S : Adakah Jamu Ratu Dara boleh membantu melancarkan sistem kitaran haid yang tidak teratur?
J : Salah satu khasiat Jamu Ratu Dara adalah membetulkan sistem kitaran haid bagi yang mengalami masalah haid tidak teratur. Alhamdullillah ramai yg telah dapat mengatasinya.

S : Mengapa setelah mengambil Jamu Ratu Dara, darah haid saya keluar dengan banyak dari biasa?
J : Itu adalah tindak-balas positif kerana ia melancarkan pengaliran darah haid anda. Darah haid memang perlu di keluarkan dengan kadar yang sepatut nya agar tidak tertinggal didalam rahim. Jika haid tidak lawas dan keluar sedikit sahaja di khuatiri kelak akan menimbulkan masalah rahim dimasa akan datang.

S : Wanita yang belum berkahwin( gadis) boleh mengamalkan Jamu Ratu Dara tak?
J : Boleh. Jika anak dara dan belum berkahwin, memadai dengan sebiji ke dua biji sehari sahaja. (Pengambilan jamu perlu di amalkan secara berpanjangan. Bermula dari anak dara sehinggalah melangkah ke fasa perkahwinan dan seterusnya memasuki alam keluarga dan bekeluarga)

S:Adakah Jamu Ratu Dara boleh menguruskan badan?
J : Jamu Ratu Dara BUKAN produk utk menguruskan badan. Ia merupakan produk herba yang khusus utk kesihatan dalaman wanita. Tetapi Jamu Ratu Dara sangat berkesan untuk melawaskan pembuangan. Sedikit sebanyak mungkin boleh membantu untuk mengurangkan berat badan. Kurangkan makanan berminyak dan berlemak. Wajibkan pengambilan air masak yang banyak.

S : Sejauh mana Jamu Ratu Dara boleh membantu hubungan intim suami isteri?
J : Ini adalah terbukti dan telah ramai yang berpuas hati. Para isteri yang mempunyai masalah semasa melakukan hubungan intim pasti akan dapat menghangatkan kembali hubungan bersama suami.

About ProdukCinta

KAMI JAMIN TEMPAHAN ANDA ADALAH RAHSIA

Semua pesanan akan bungkus dalam sampul surat atau kotak dan kemudian dibalut dengan plastik(jika perlu). Jadi adalah mustahil untuk sesiapa mengetahu isi kandungan bungkusan anda termasuk posmen. Kami akan memastikan tiada siapa pun tahu isi kandungan bungkusan anda.

RAHSIA ANDA SELAMAT DENGAN KAMI.