Wednesday , 31 August 2016
Home / Produk Isteri / Dalaman Wanita / Jamu Tradisi Wanita
Cara Pembelian

Jamu Tradisi Wanita

Jamu Tradisi Wanita

HARGA JUALAN: RM36.90
POS PERCUMA

Jamu Tradisi Wanita merupakan suplemen yang dihasilkan daripada gabungan herba bermutu tinggi seperti biji ketumbar, halia, buah pala dan cekur khusus untuk memelihara kesihatan kaum wanita secara menyeluruh di samping menjadikan tubuh badan lebih cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Khasiat Jamu Tradisi Wanita

  • Memelihara kesihatan luaran dan dalaman
  • Melambatkan proses penuaan
  • Menaikkan seri wajah
  • Mengembalikan keperawanan
  • Membentuk tubuh badan yang ideal
  • Membantu meningkatkan tahap kecergasan fizikal
  • Mengatasi keletihan, kelesuan dan ketegangan otot
  • Mengatasi masalah senggugut
  • Membuang angin dan toksin
  • Meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit
  • Membantu mengecutkan rahim bagi ibu selepas bersalin

Kandungan Jamu Tradisi Wanita

Biji Ketumbar (Coriandrum Sativum): Biji ketumbar sering digunakan dalam perubatan tradisional untuk meningkatkan lagi tahap kesihatan manusia. Ia berkesan untuk mengatasi masalah angin dalam badan, menstabilkan paras kolesterol dan kandungan gula dalam darah, dan memelihara sistem penghadaman dan pencernaan.

Kunyit (Curcuma Domestica): Kunyit bersifat antioksidan dan berupaya mencegah kerosakan sel, melambatkan proses penuaan serta mengurangkan risiko serangan kanser. Ia juga berupaya meningkatkan kecerahan dan ketegangan kulit di samping menghapuskan bintik-bintik hitam pada wajah dan mengatasi masalah kulit dan kegatalan. Selain itu, kunyit turut mempunyai sifat antiseptik yang berperanan mencegah serangan kuman dan menggalakkan penyembuhan luka.

Halia (Zingiber Officinale): Halia mengandungi khasiat dari sumber air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, protein, asid amino, niasin, lemak serta vitamin A, B dan C yang membantu membuang angin dalam badan, melancarkan peredaran darah dan sistem pencernaan, memelihara sistem saraf di samping membuang bau yang kurang menyenangkan pada tubuh badan dan darah haid. Selain itu, halia turut berupaya menyingkirkan toksin dari tubuh badan, mengatasi sakit pinggang, memanaskan badan yang kesejukan, meningkatkan tahap imunisasi serta merangsang penyerapan nutrien yang penting untuk tubuh badan.

Pegaga (Centella Asiatica): Pegaga kaya dengan protein, gentian, zat besi, vitamin A dan Vitamin C yang bukan sahaja mampu memelihara kecantikan kulit, malah berupaya menggalakkan fungsi antibodi untuk menentang serangan penyakit di samping memelihara sistem saraf dan melancarkan peredaran darah sekaligus menggalakkan fungsi organ. Di samping itu, pegaga turut mampu mengatasi keletihan, mengurangkan kesan selulit serta menyingkirkan toksin dari tubuh badan seterusnya membantu mencegah serangan penyakit serta menggalakkan penurunan berat badan.

Cekur (Kaempferia Galanga): Cekur yang turut dipanggil kencur ini bersifat antibakteria, antikulat dan antiradang serta berupaya membekalkan khasiat bagi kesihatan tubuh badan. Ia kaya dengan kandungan air, zink, kalsium dan zat besi yang membantu menguatkan tulang dan otot, membuang angin dalam badan dan meredakan demam panas di samping berupaya mengecutkan rahim serta sesuai untuk diambil ibu dalam pantang.

Hippocratea Indica: Tumbuhan ini berupaya mengatasi radang yang merupakan tindak balas sistem imunisasi kepada jangkitan atau gangguan akibat peningkatan sel darah putih. Ia juga mampu mencegah bakteria, di samping melancarkan sistem pencernaan, menstabilkan kadar kolestrol seterusnya membantu mengurangkan risiko penyakit jantung berikutan kewujudan sebatian kimia flavanoid, tannin, saponin dan alkaloid dalam tumbuhan ini.

Temulawak (Curcuma Xanthorrhiza): Berasal daripada keluarga halia, Temulawak berperanan menyahtoksin, mencegah bakteria, mengawal kadar metabolisme dan kolestrol, mengatasi masalah kulit yang berjerawat, sakit kepala, sembelit dan juga menambah selera makan. Temulawak juga berfungsi menguatkan sendi, menurunkan berat badan dan membuang angin di samping menyegarkan lagi tubuh badan.

Sepetir (Sindora Sumatrana): Buah sepetir digunakan dalam rawatan tradisional bagi merawat demam, pendarahan di dalam rahim dan memulihkan luka ibu selepas bersalin di samping membantu merawat penyakit kulit seperti eczema.

Kayu Manis (Cinnamonium Zeylanicum): Kayu manis kaya dengan khasiat dari sumber serat, kalsium, zat besi dan mangan yang berupaya menstabilkan tahap kolestrol dan gula dalam darah, memelihara sistem kardiovaskular, mengurangkan risiko serangan kanser, serta mencegah jangkitan bakteria dan kulat yang mengakibatkan penyakit. Ia juga mampu mengatasi kemurungan, keletihan dan bau badan yang kurang menyenangkan, meredakan ketegangan otot, memulihkan senggugut bagi wanita, mengecutkan jerawat dan membantu mengekalkan kehalusan kulit.

Tahi Angin (Usnea Barbata): Juga dipanggil Kayu Angin, herba ini merupakan sejenis lumut yang berupaya membantu melancarkan proses pencernaan di samping mengatasi pelbagai masalah kesihatan seperti cirit-birit, batuk dan demam.

Buah Pala (Myristica Fragrans): Buah Pala sememangnya kaya dengan karbohidrat, kalsium, fosforus, protein, kalium dan berperanan meningkatkan daya konsentrasi, mengatasi sakit kepala dan penyakit sendi di samping melancarkan saluran pencernaan, mengatasi masalah tidur, dan merawat kulit yang berjerawat.

Cara Penggunaan Jamu Tradisi Wanita

  • Ambil 2 biji kapsul Jamu Tradisi Wanita dua kali sehari setiap kali selepas makan.
  • Ini merupakan persediaan tradisional. Hentikan penggunaan dan dapatkan nasihat doktor jika terdapat kesan alahan.
  • Simpan di tempat yang dingin dan kering.
  • Jangan ambil produk ini ketika haid.
  • Jauhkan produk ini daripada kanak-kanak.

About ProdukCinta

KAMI JAMIN TEMPAHAN ANDA ADALAH RAHSIA

Semua pesanan akan bungkus dalam sampul surat atau kotak dan kemudian dibalut dengan plastik(jika perlu). Jadi adalah mustahil untuk sesiapa mengetahu isi kandungan bungkusan anda termasuk posmen. Kami akan memastikan tiada siapa pun tahu isi kandungan bungkusan anda.

RAHSIA ANDA SELAMAT DENGAN KAMI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *