Sunday , 19 November 2017
Home / Produk Isteri / Dalaman Wanita / Juice Perawan Gold
Cara Pembelian

Juice Perawan Gold

Juice Perawan Gold

HARGA JUALAN: RM34.90
POS PERCUMA

Juice Perawan Gold mengandungi 1001 khasiat dari sumber semulajadi bagi mengembalikan keremajaan dan keanggunan anda di samping memelihara kesihatan dalaman kaum wanita seterusnya menambahkan kebahagiaan dalam rumahtangga.

WHATSAPP/SMS

016-316 1908

Pertanyaan/pembelian sila sms/whatsapp no diatas. Kelewatan reply bukan bermaksud kami menipu tp kami juga manusia biasa yg perlu mkn, solat & tidur.

Khasiat Juice Perawan Gold

  • Merawat masalah keputihan dan kitaran haid yang tidak stabil
  • Mengurangkan masalah senggugut
  • Meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan tubuh badan
  • Membentuk punggung dan payudara yang lebih anjal dan tegang
  • Memelihara kecantikan kulit
  • Meningkatkan tahap kesuburan
  • Meningkatkan keanjalan kulit
  • Melambatkan proses menopaus
  • Meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan
  • Meningkatkan keinginan dan fungsi seksual para isteri

Kandungan Juice Perawan Gold

Kacip Fatimah: Kacip Fatimah merupakan herba tradisional yang terkenal dengan khasiatnya bagi kesihatan dalaman wanita. Ia mengandungi phytoestrogen yang berupaya memelihara sistem kardiovaskular, mengetatkan otot faraj, mengatasi keletihan, keputihan dan kitaran haid yang tidak stabil di samping membantu meningkatkan keinginan (libido) dan fungsi seksual wanita.

Manjakani: Manjakani bersifat antioksidan yang bukan sahaja mampu menyahtoksin, malah melambatkan proses penuaan sel serta menentang serangan kanser payudara dan rahim. Sifatnya astringennya pula berperanan penting untuk membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada bahagian intim wanita, di samping mengatasi masalah keputihan dan mengecutkan tisu faraj.

Pueraria Mirifica: Pueraria Mirifica berupaya menganjal dan membesarkan saiz payudara di samping membantutkan pertumbuhan sel kanser bagi pengidap kanser payudara. Phytoestrogen yang terkandung dalam Pueraria Mirifica mampu mengatasi osteoporosis dan simptom-simptom menopaus. Selain berupaya mengatasi masalah kulit seperti tompok-tompok penuaan, kulit kering dan berjerawat, herba ini turut membantu melangsingkan tubuh badan, meningkatkan tahap tenaga, memulihkan kesakitan pada bahagian rahim serta mengatasi masalah keputihan.

Beri Acai: Beri Acai kaya dengan nutrien dari sumber vitamin A, C dan E serta bersifat antioksidan yang mampu mengurangkan kesan radikal bebas sekaligus membantu mencegah daripada penuaan dan kerosakan sel di samping membantu memperbaiki tona kulit agar lebih sekata. Selain itu, Acai turut membantu mengatasi masalah jerawat, menyingkir kesan parut, dan menyerlahkan seri kulit serta mampu melancarkan peredaran darah, mengurangkan tahap kolestrol LDL, mengatasi masalah senggugut, meningkatkan tahap tenaga dan meredakan tekanan.

Kurma: Kurma sememangnya kaya dengan kebaikan untuk memelihara kesihatan tubuh. Ia tinggi kandungan potassium, serat dan mangan yang berupaya memelihara sistem saraf dan jantung serta membantu melancarkan proses pencernaan. Manakala Vitamin B6 di dalam kurma pula berupaya menggalakkan penghantaran oksigen ke bahagian organ dalaman tubuh termasuk otak sekaligus membantu meningkatkan tahap tenaga di samping meningkatkan daya tumpuan dan memori serta membantu meredakan tekanan.

Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga dan terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Ia mengandungi vitamin B kompleks, magnesium, fosforus, mangan dan potassium yang berperanan memelihara kesihatan tulang dan gigi selain meningkatkan tahap metabolisme, menggalakkan fungsi otak dan sistem saraf, serta menstabilkan tekanan darah. Selain berupaya meningkatkan sistem imunisasi yang berperanan mencegah daripada penyakit, madu turut bertindak sebagai agen antioksida dan antiradang di samping membantu menggalakkan proses pemulihan luka dan memelihara kesihatan kulit.

Roselle: Roselle kaya dengan zat vitamin C yang bersifat antioksidan dan penting untuk kesihatan kulit, di samping mengandungi serat yang bertindak melancarkan sistem penghadaman di samping meningkatkan keanjalan kulit. Di samping itu, Roselle yang sarat dengan vitamin B1, B2 dan D yang berupaya mengurangkan kadar kolestrol jahat sekaligus memelihara kesihatan jantung. Ia turut membantu mengurangkan risiko serangan kanser, mengatasi masalah kulit dan insomnia, menstabilkan tekanan darah, melancarkan sistem pencernaan serta melambatkan penuaan kulit.

Delima: Delima mengandungi mengandungi anthocyanin dan tannin hidrolisis yang merupakan agen antioksida yang berfungsi menyingkirkan toksin daripada tubuh badan seterusnya membantu mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan dan serangan kanser. Selain membantu menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit yang sihat, delima juga mampu memperbaiki tekstur kulit, meningkatkan keanjalan dan kecerahan kulit, serta mengatasi masalah seperti kedutan dan garis-garis halus. Di samping itu, buah delima juga berupaya memelihara kesihatan jantung, melancarkan sistem pencernaan serta meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan.

Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan tubuh badan. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya meningkatkan keanjalan kulit dan memelihara keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan pada kulit yang terluka.

Cara Penggunaan Juice Perawan Gold

  • Ambil 2 sudu setiap pagi dan malam.
  • Amalkan meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong setiap hari.
  • Simpan di tempat yang sejuk selepas dibuka.

Perhatian! Ibu hamil dan wanita yang datang bulan, sila hentikan penggunaan Juice Perawan Gold

About ProdukCinta

KAMI JAMIN TEMPAHAN ANDA ADALAH RAHSIA

Semua pesanan akan bungkus dalam sampul surat atau kotak dan kemudian dibalut dengan plastik(jika perlu). Jadi adalah mustahil untuk sesiapa mengetahu isi kandungan bungkusan anda termasuk posmen. Kami akan memastikan tiada siapa pun tahu isi kandungan bungkusan anda.

RAHSIA ANDA SELAMAT DENGAN KAMI.