Friday , 22 September 2017
Cara Pembelian

Royal V

Royal V

HARGA JUALAN: RM57.90
POS PERCUMA

Royal V merupakan persediaan herba yang menghimpunkan kebaikan Manjakani, Black Cohosh, Pueraria Mirifica, Za’faran, Lingzhi, delima, madu asli serta pinang muda khusus untuk membantu mengekalkan keremajaan dan memelihara kesihatan dalaman kaum wanita.

WHATSAPP/SMS

016-316 1908

Pertanyaan/pembelian sila sms/whatsapp no diatas. Kelewatan reply bukan bermaksud kami menipu tp kami juga manusia biasa yg perlu mkn, solat & tidur.

Hormon estrogen merupakan sebatian yang dihasilkan oleh ovari wanita bermula akil baligh serta berperanan penting dalam kesihatan dalaman wanita. Di samping membantu melambatkan proses penuaan, estrogen turut memberikan kesan terhadap emosi mahupun fungsi seksual di samping membantu menggalakkan pertumbuhan tisu payudara, menstabilkan kitaran haid serta memelihara kesuburan kaum wanita.

Peningkatan paras estrogen turut mengakibatkan perubahan terhadap kesihatan fizikal di mana ia berupaya mengurangkan risiko serangan kanser payudara serta penyakit kardiovaskular yang melibatkan jantung, darah dan saluran darah.

Namun begitu, kandungan hormon estrogen di dalam tubuh wanita semakin berkurangan seiring dengan peningkatan usia. Sebarang perubahan terhadap kandungan estrogen ternyata memberi kesan terhadap kesihatan luaran mahupun dalaman seseorang, contohnya muncul tanda-tanda penuaan manakala fungsi seksual kaum wanita pula semakin berkurangan.

Pelbagai cara boleh dilakukan bagi membantu meningkatkan dan menstabilkan hormon estrogen di dalam tubuh badan. Antaranya:

  • Mengurangkan pengambilan kafein
  • Mengambil makanan yang tinggi kandungan phytonutrien, kolagen, Omega-3, vitamin D dan magnesium
  • Tidur dengan cukup
  • Jauhi toksin yang wujud di dalam makanan, persekitaran dan udara
  • Atasi serta kawal emosi dan stres
  • Mengamalkan gaya hidup yang sihat

Selain itu juga, pengambilan diet yang seimbang seperti herba mahupun buah-buahan seperti yang terkandung di dalam Jus Royal V turut berupaya meningkatkan dan menstabilkan kandungan hormon estrogen di dalam tubuh badan seterusnya membantu mengekalkan keremajaan dan kekal awet muda.

Khasiat Royal V

  • Menyingkirkan toksin yang berbahaya untuk kesihatan
  • Meningkatkan tahap metabolisme
  • Mempercepatkan pemulihan luka luaran dan dalaman
  • Membantu menstabilkan kandungan hormon estrogen di dalam tubuh wanita
  • Mengatasi masalah keputihan dan kitaran haid yang tidak stabil
  • Mengatasi osteoporosis dan simptom-simptom menopaus
  • Mengatasi masalah keputihan, sindrom pra-haid dan senggugut
  • Melangsingkan tubuh badan
  • Menentang serangan kanser payudara dan rahim
  • Mengecutkan tisu faraj
  • Menstabilkan tahap tekanan darah dan kadar gula dalam darah
  • Memelihara keanjalan dan keremajaan kulit
  • Mengurangkan kesan selulit
  • Meningkatkan keanjalan dan kecerahan kulit
  • Mengatasi masalah kulit seperti jerawat, kedutan dan garis-garis halus
  • Menganjal dan membesarkan saiz payudara
  • Menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah serangan penyakit

Kandungan Royal V

Orange Jasmine (Murraya Paniculata): Turut dipanggil Kemuning, bunga ini sebenarnya mengandungi khasiat untuk kesihatan. Ia tinggi kandungan antioksidan dari sumber vitamin C dan E yang bukan sahaja berupaya melambatkan proses penuaan, malah turut mampu menyingkirkan toksin dari tubuh badan, memelihara kecantikan kulit, meningkatkan tahap metabolisme seterusnya menggalakkan pembakaran lemak bagi membantu melangsingkan tubuh badan. Di samping itu, bunga ini juga mampu mempercepatkan pemulihan luka, bunga kemuning turut berupaya merawat bengkak, radang, sakit otot dan sendi di samping membantu mengatasi masalah keputihan dan kitaran haid yang tidak stabil.

Nanas (Pineapple): Nanas kaya dengan vitamin A dan vitamin C yang memelihara kesihatan kulit, meningkatkan tahap metabolisme bagi membantu menjana pembakaran lemak dalam tubuh serta Pectin yang merupakan serat mudah larut dan membantu melancarkan sistem penghadaman. Nanas kurang kandungan kalori dan bebas dari lemak, serta mengandungi enzim Bromolina yang berfungsi sebagai agen anti-radang yang mampu memelihara kesihatan otot dan kulit, sekaligus berupaya mengurangkan selulit.

Delima: Delima mengandungi mengandungi anthocyanin dan tannin hidrolisis yang merupakan agen antioksida yang berfungsi menyingkirkan toksin seterusnya membantu mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan kulit dan serangan kanser kulit. Selain membantu menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit yang sihat, delima juga mampu memperbaiki tekstur kulit, meningkatkan keanjalan dan kecerahan kulit, serta mengatasi masalah seperti kedutan dan garis-garis halus.

Epal: Buah epal kaya dengan agen antioksidan seperti flavonoid, poliphenol dan vitamin C yang memelihara tubuh daripada jangkitan virus dan bakteria yang membawa penyakit. Ia juga mengandungi vitamin B-kompleks, beta-karotene dan serat yang berupaya meningkatkan tahap metabolisme, menentang serangan kanser, menstabilkan tahap kolestrol serta membekalkan tenaga dan kecergasan untuk tubuh badan. Di samping itu, buah epal juga mampu mengatasi masalah pernafasan, mengurangkan kadar gula dalam darah, menyingkirkan toksin serta memelihara kecantikan kulit dan rambut serta menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh daripada serangan penyakit.

Manggis: Manggis sememangnya kaya dengan vitamin C yang bersifat antioksidan bagi mencegah kerosakan sel, menentang proses penuaan dan serangan kanser, di samping membantu mengatasi masalah jerawat, kulit berminyak dan kulit kering serta menggalakkan pemulihan sel kulit seterusnya membantu memelihara kehalusan dan kecantikan kulit. Manggis juga mampu membantu mengurangkan risiko serangan kanser dan jantung, di samping mengurangkan tahap kolestrol yang berlebihan dalam tubuh badan. Buah manggis juga memelihara saluran pernafasan dan pencernaan selain mengatasi sakit buah pinggang.

Black Cohosh (Actaea Racemosa): Herba ini telah digunakan sejak tahun 50-an di Eropah bagi membantu merawat simptom menopaus, sindrom prahaid, senggugut, jerawat, osteoporosis serta sakit ketika ingin melahirkan anak. Selain itu, ia turut berupaya menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah serangan penyakit di samping membantu menstabilkan kandungan hormon estrogen di dalam tubuh wanita.

Manjakani: Manjakani bersifat antioksidan yang bukan sahaja mampu menyingkirkan toksin yang berbahaya dari tubuh badan, malah melambatkan proses penuaan sel serta menentang serangan kanser payudara dan rahim. Sifatnya astringennya pula berperanan penting untuk membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada bahagian intim wanita, di samping mengatasi masalah keputihan dan mengecutkan tisu faraj.

Madu Asli: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga dan terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Selain meningkatkan tahap metabolisme, madu turut berupaya menstabilkan tekanan darah, meningkatkan sistem imunisasi yang berperanan mencegah serangan penyakit serta bertindak sebagai agen antioksidan dan antiradang di samping membantu menggalakkan proses pemulihan luka dan memelihara kesihatan kulit.

Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan luka pada kulit.

Cendawan Lingzhi (Ganoderma Lucidum): Cendawan ini amat terkenal dalam perubatan tradisional Cina kerana khasiatnya yang tinggi. Ia mengandungi 16 jenis asid amino yang bersifat antioksidan dan berperanan membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein di dalam badan serta memelihara kelembapan dan kehalusan kulit. Herba ini juga kaya dengan protein, polysaccharide dan triterpene yang membantu menggalakkan pertumbuhan semula sel, melambatkan penuaan, meningkatkan sistem imunisasi bagi mencegah serangan penyakit. Di samping memelihara organ hati daripada kerosakan, Lingzhi juga berupaya menyingkirkan toksin dari tubuh, melegakan alahan, meningkatkan tahap tenaga dan metabolisme, menggalakkan keupayaan mental serta menstabilkan tahap tekanan darah dan kadar gula dalam darah.

Pueraria Mirifica: Pueraria Mirifica terkenal dengan keupayaannya untuk menganjal dan membesarkan saiz payudara di samping membantutkan pertumbuhan sel kanser bagi pengidap kanser payudara. Phytoestrogen yang terkandung dalam Pueraria Mirifica mampu mengatasi osteoporosis dan simptom-simptom menopaus. Selain berupaya mengatasi masalah kulit seperti tompok-tompok penuaan, kulit kering dan berjerawat, herba ini turut membantu melangsingkan tubuh badan, meningkatkan tahap tenaga, memulihkan kesakitan pada bahagian rahim serta mengatasi masalah keputihan.

Pinang Muda: Pinang muda mengandungi alkaloid yang berupaya meneutralkan racun dalam tubuh badan. Selain itu, tumbuhan ini juga terbukti berkesan merawat masalah senggugut, mengetatkan bahagian intim wanita selain mengecutkan rahim selepas melahirkan.

Royal Jelly: Royal jelly merupakan sebatian yang dihasilkan oleh lebah khusus untuk ratu lebah dan sarat dengan manfaat untuk meningkatkan tahap kesihatan manusia. Royal Jelly mengandungi protein, vitamin A, B-kompleks, C, D, E dan K yang berupaya menggalakkan pertumbuhan sel, menyerap kalsium bagi kesihatan tulang dan gigi, mempercepatkan proses pemulihan luka, mencegah dari kerosakan sel dan mengawal kadar gula dalam darah. Selain membantu menggalakkan fungsi organ dan menyeimbangkan protein dalam tubuh badan dengan bantuan kandungan asid aminonya, Royal Jelly juga bersifat antibakteria yang berperanan menghapuskan pembiakan bakteria dalam tubuh sekaligus menentang serangan penyakit. Di samping itu, ia turut berupaya meningkatkan keupayaan mental, meningkatkan tahap metabolisme, meredakan tekanan, meningkatkan daya ketahanan tubuh, memelihara sistem saraf dan membekalkan tenaga yang optima.

Bunga Za’Faran: Bunga ini kaya dengan karbohidrat, vitamin B1 dan B2 yang berfungsi melancarkan proses penghadaman, menstabilkan tekanan darah dan mengatasi masalah sindrom pra-haid dan kitaran haid yang tidak menentu di samping membantu menggalakkan keupayaan mental, mengatasi masalah kulit yang berjerawat, kering dan kusam seterusnya meningkatkan kehalusan dan kecerahan kulit. Bunga ini juga bersifat antioksidan yang berupaya meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah proses penuaan dan kerosakan sel.

Air Zam-Zam: Menurut hadis Nabi, air zam-zam dikatakan mampu menjadi makanan yang mengenyangkan di samping membantu merawat pelbagai jenis masalah kesihatan. Ia mengandungi kandungan elektrolit yang sempurna sekaligus membantu menggalakkan fungsi organ di dalam badan seperti menstabilkan kandungan asid dan melancarkan penghantaran oksigen ke semua bahagian tubuh. Air Zam Zam mengandungi kandungan kalsium, magnesium dan fluorida yang lebih tinggi daripada air biasa yang mampu membantu meningkatkan tahap tenaga fizikal, menyegarkan tubuh badan serta membekalkan nutrien kepada tubuh badan.

Cara Penggunaan Royal V

  1. Minum 1 sudu besar dua kali sehari sebelum sarapan pagi dan makan malam.
  2. Amalkan secara berterusan bagi mendapatkan kesan yang lebih efektif.
  3. Tidak sesuai untuk ibu hamil.

About ProdukCinta

KAMI JAMIN TEMPAHAN ANDA ADALAH RAHSIA

Semua pesanan akan bungkus dalam sampul surat atau kotak dan kemudian dibalut dengan plastik(jika perlu). Jadi adalah mustahil untuk sesiapa mengetahu isi kandungan bungkusan anda termasuk posmen. Kami akan memastikan tiada siapa pun tahu isi kandungan bungkusan anda.

RAHSIA ANDA SELAMAT DENGAN KAMI.