Friday , 22 September 2017
Home / Produk Isteri / Kesuburan Wanita / Jus Zuriat Anugerah Wanita
Cara Pembelian

Jus Zuriat Anugerah Wanita

Jus Zuriat Anugerah Wanita

HARGA JUALAN: RM67.90
POS PERCUMA

Jus Zuriat Anugerah Wanita merupakan formulasi istimewa yang diadun menggunakan pelbagai jenis herba terpilih seperti buah Hawa, senduduk, cekur, akar serapat dan Habbatus Sauda khusus untuk membantu mengatasi masalah kesuburan dan lemah tenaga dalaman di samping berkesan untuk memelihara kesihatan dalaman kaum wanita.

WHATSAPP/SMS

016-316 1908

Pertanyaan/pembelian sila sms/whatsapp no diatas. Kelewatan reply bukan bermaksud kami menipu tp kami juga manusia biasa yg perlu mkn, solat & tidur.

Produk ini turut didoakan dengan ayat-ayat Syifa’ sebagai satu ikhtiar untuk mempercepatkan kehamilan serta meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Jus Zuriat Anugerah Lelaki boleh klik sini.

Khasiat Jus Zuriat Anugerah Wanita

  • Memelihara kesihatan dalaman kaum wanita
  • Membantu memperbaiki hormon estrogen di dalam tubuh badan
  • Membantu mengatasi masalah kesuburan
  • Meningkatkan tahap kecergasan tubuh badan
  • Melancarkan kitaran haid
  • Membantu mengatasi masalah keputihan, senggugut dan kekejangan otot
  • Menguatkan dan memelihara bahagian rahim
  • Mengatasi masalah angin dalam badan
  • Menyingkirkan toksin
  • Menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit
  • Memelihara tahap kesihatan tubuh badan secara menyeluruh

Kandungan Jus Zuriat Anugerah Wanita

Buah Hawa: Buah zuriat sering digunakan sebagai persediaan herba bagi membantu memperbaiki hormon di dalam tubuh badan, meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan serta melancarkan kitaran haid bagi wanita. Buah zuriat juga berupaya mengatasi masalah kesuburan seterusnya membantu mempercepatkan kehamilan.

Kurma: Kurma tinggi kandungan vitamin B6, potassium, serat dan mangan yang berupaya memelihara sistem saraf dan jantung, mengatasi masalah lemah tenaga seksual, melancarkan proses pencernaan serta membantu meredakan tekanan. Malah, ia juga berkesan untuk menggalakkan penghantaran oksigen ke bahagian organ dalaman sekaligus membantu meningkatkan tahap kecergasan tubuh badan.

Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nektar bunga dan terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal mahupun mental. Ia kaya dengan kebaikan vitamin B kompleks, magnesium, fosforus, mangan dan potassium yang mampu meningkatkan tahap metabolisme, menstabilkan tekanan darah, mempercepatkan pemulihan luka serta memelihara sistem saraf. Madu yang bersifat antioksidan ini juga berupaya meningkatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh badan anda daripada penyakit seperti gout, alahan mahupun masalah sendi.

Badam: Kekacang ini mampu melancarkan proses penghadaman, meningkatkan tahap kecergasan tubuh badan, menstabilkan struktur sel darah merah serta menggalakkan fungsi antibodi untuk menentang serangan penyakit.

Daun Inai: Daun inai mampu merawat masalah keputihan, mengatasi penyakit kulit serta bersifat astringen yang berupaya mengawal pendarahan atau haid yang berlebihan.

Senduduk: Senduduk juga dikenali sebagai rumpai darat dan digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional untuk merawat luka luaran mahupun dalaman. Selain itu, senduduk juga berkesan untuk memelihara bahagian rahim, merawat masalah keputihan serta mengatasi masalah angin dalam badan.

Hempedu Bumi: Daun pokok Hempedu Bumi bersifat antibakteria dan antivirus serta sering digunakan dalam perubatan tradisional bagi membantu menurunkan tekanan darah tinggi selain merawat pelbagai jenis masalah kesihatan seperti pencernaan yang tidak lawas, demam, kahak, kencing manis dan radang di samping membantu mempercepatkan pemulihan luka.

Daun Salam: Daun salam berupaya membantu menurunkan tahap kolestrol dan tekanan darah tinggi di samping membantu merawat masalah keputihan, kegatalan dan bau yang tidak menyenangkan pada bahagian intim kaum wanita.

Cekur: Cekur bersifat antibakteria, antikulat dan antiradang serta berupaya membekalkan khasiat untuk tubuh badan. Ia kaya dengan kandungan air, zink, kalsium dan zat besi yang membantu menguatkan tulang dan otot, mengatasi masalah angin dalam badan, mengatasi masalah kelesuan serta membantu memelihara bahagian rahim bagi kaum wanita.

Tapak Sulaiman: Herba Tapak Sulaiman atau Tutup Bumi yang tumbuh liar di dalam hutan ini sering digunakan secara tradisional bagi merawat masalah keputihan, senggugut dan kitaran haid yang tidak stabil sekaligus memelihara kesihatan dalaman kaum wanita.

Kayu Serapat: Herba ini ternyata berkesan untuk memelihara kesihatan dalaman kaum wanita. Ia bukan sahaja mampu mencuci darah, malah dapat merawat kekejangan otot rahim, mengetatkan otot faraj serta membantu mengatasi kelesuan ketika haid. Ia juga berupaya melancarkan peredaran darah bagi meningkatkan kadar oksigen sekaligus meningkatkan fungsi organ dalaman.

Lada Pintal: Lada pintal ternyata berupaya mengatasi masalah bau badan, kitaran haid yang tidak stabil, keputihan serta bau yang kurang menyenangkan pada bahagian intim wanita.

Tahi Angin: Tahi angin merupakan sejenis lumut sering tumbuh pada ranting pokok. Ia mengandungi asid usnik yang merupakan agen antibiotik dan antikulat serta berupaya mempercepatkan pemulihan luka, melancarkan peredaran darah, menyingkirkan toksin, meredakan kesakitan serta mengatasi masalah radang.

Temulawak: Temulawak berperanan menyingkirkan toksin, mencegah bakteria serta mengatasi masalah kitaran haid yang tidak stabil. Ia juga dapat membantu menguatkan sendi, menurunkan paras kolestrol serta mengatasi masalah angin dalam badan sekaligus menyegarkan lagi tubuh badan anda.

Kayu Manis: Kayu manis berupaya memelihara kesihatan dalaman, mencegah jangkitan bakteria dan kulat yang mengakibatkan penyakit serta mengawal hormon di dalam tubuh badan anda.  Ia juga dapat mengatasi masalah bau badan yang kurang menyenangkan, meredakan ketegangan otot serta memulihkan senggugut bagi wanita.

Cengkih: Cengkih yang bersifat antiseptik ini ternyata kaya dengan magnesium yang berperanan mengurangkan kekejangan otot, membasmi jangkitan bakteria, membekalkan tenaga fizikal dan seksual di samping membantu menyingkirkan toksin dari tubuh badan.

Habbatus Sauda: Di samping merawat masalah kesihatan serta menjana tenaga dan kecergasan tubuh, Habbatus Sauda turut berupaya meningkatkan tenaga seksual di samping membantu mengatasi masalah kesuburan. Ia turut berupaya melancarkan peredaran darah serta membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah serangan penyakit.

Za’faran: Bunga Za’faran berupaya mengatasi masalah sindrom pra-haid dan kitaran haid yang tidak stabil di samping mengawal hormon estrogen serta meningkatkan tahap kecergasan tubuh badan.

Daun Parsli: Daun parsli mampu melancarkan proses penghadaman, di samping mengandungi vitamin K yang dapat membantu menggalakkan penyembuhan luka luaran dan dalaman. Selain itu, ia juga berupaya mengukuhkan kandungan kalsium pada tulang, mengawal paras kolestrol dan gula di dalam darah serta membantu melambatkan proses penuaan.

Pudina: Daun pudina bertindak mengatasi kelesuan tubuh badan, ketegangan otot dan penyakit sendi di samping dapat membantu meredakan tekanan serta melegakan masalah angin dalam badan dan perut kembung.

Rumput Marjoram: Tumbuhan yang kaya dengan antioksidan ini sesuai untuk dijadikan sebagai tonik bagi membantu meningkatkan tahap kesihatan. Ia bukan sahaja mampu melancarkan proses penghadaman, malah dapat membantu mengatasi masalah kekejangan otot, tekanan, sindrom pra-haid dan kitaran haid yang tidak stabil di samping membantu menentang jangkitan bakteria yang membawa penyakit.

Halba: Halba atau biji fenugreek kaya dengan phytoestrogen ini sering digunakan secara tradisional bagi meningkatkan penghasilan hormon estrogen di dalam tubuh wanita seterusnya meningkatkan tahap tenaga seksual. Malah, ia turut berupaya mengatasi masalah angin dalam badan, kitaran haid yang tidak stabil dan senggugut sekaligus membantu memelihara kesihatan dalaman kaum wanita.

Manjakani: Manjakani yang bersifat astringen ini mampu mengecutkan tisu tubuh seterusnya dapat membantu menguatkan otot rahim selepas bersalin. Malah, ia juga diyakini berkesan untuk membasmi kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada bahagian intim wanita di samping membantu mengetatkan otot faraj serta mengatasi masalah keputihan dan angin dalam badan.

Cara Penggunaan Jus Zuriat Anugerah Wanita

  1. Ambil 2 sudu besar setiap pagi dan malam.

About ProdukCinta

KAMI JAMIN TEMPAHAN ANDA ADALAH RAHSIA

Semua pesanan akan bungkus dalam sampul surat atau kotak dan kemudian dibalut dengan plastik(jika perlu). Jadi adalah mustahil untuk sesiapa mengetahu isi kandungan bungkusan anda termasuk posmen. Kami akan memastikan tiada siapa pun tahu isi kandungan bungkusan anda.

RAHSIA ANDA SELAMAT DENGAN KAMI.