Perawan Gold - PRODUKCINTA: KEDAI SUAMI ISTERI

Top Ad unit 728 × 90

Perawan Gold


Perawan Gold D'herbs Specifications

Harga Pasaran Perawan Gold D'herbs RM39.90
Harga Promo KamiRM37.90
Kos PenghantaranFREE POSLAJU!!!
FungsiPenjagaan Dalaman Wanita

Perawan Gold D'herbs Description

Perawan Gold keluaran D'herbs mengandungi 1001 khasiat dari sumber semulajadi bagi mengembalikan keremajaan dan keanggunan anda di samping memelihara kesihatan dalaman kaum wanita seterusnya menambahkan kebahagiaan dalam rumahtangga.


Khasiat Perawan Gold

  • Merawat masalah keputihan dan kitaran haid yang tidak stabil
  • Mengurangkan masalah senggugut
  • Meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan tubuh badan
  • Membentuk punggung dan payudara yang lebih anjal dan tegang
  • Memelihara kecantikan kulit
  • Meningkatkan tahap kesuburan
  • Meningkatkan keanjalan kulit
  • Melambatkan proses menopaus
  • Meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan
  • Meningkatkan keinginan dan fungsi seksual para isteri

Kandungan Perawan Gold

Kacip Fatimah: Kacip Fatimah merupakan herba tradisional yang terkenal dengan khasiatnya bagi kesihatan dalaman wanita. Ia mengandungi phytoestrogen yang berupaya memelihara sistem kardiovaskular, mengetatkan otot faraj, mengatasi keletihan, keputihan dan kitaran haid yang tidak stabil di samping membantu meningkatkan keinginan (libido) dan fungsi seksual wanita.

Manjakani: Manjakani bersifat antioksidan yang bukan sahaja mampu menyahtoksin, malah melambatkan proses penuaan sel serta menentang serangan kanser payudara dan rahim. Sifatnya astringennya pula berperanan penting untuk membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada bahagian intim wanita, di samping mengatasi masalah keputihan dan mengecutkan tisu faraj.

Pueraria Mirifica: Pueraria Mirifica berupaya menganjal dan membesarkan saiz payudara di samping membantutkan pertumbuhan sel kanser bagi pengidap kanser payudara. Phytoestrogen yang terkandung dalam Pueraria Mirifica mampu mengatasi osteoporosis dan simptom-simptom menopaus. Selain berupaya mengatasi masalah kulit seperti tompok-tompok penuaan, kulit kering dan berjerawat, herba ini turut membantu melangsingkan tubuh badan, meningkatkan tahap tenaga, memulihkan kesakitan pada bahagian rahim serta mengatasi masalah keputihan.

Beri Acai: Beri Acai kaya dengan nutrien dari sumber vitamin A, C dan E serta bersifat antioksidan yang mampu mengurangkan kesan radikal bebas sekaligus membantu mencegah daripada penuaan dan kerosakan sel di samping membantu memperbaiki tona kulit agar lebih sekata. Selain itu, Acai turut membantu mengatasi masalah jerawat, menyingkir kesan parut, dan menyerlahkan seri kulit serta mampu melancarkan peredaran darah, mengurangkan tahap kolestrol LDL, mengatasi masalah senggugut, meningkatkan tahap tenaga dan meredakan tekanan.

Kurma: Kurma sememangnya kaya dengan kebaikan untuk memelihara kesihatan tubuh. Ia tinggi kandungan potassium, serat dan mangan yang berupaya memelihara sistem saraf dan jantung serta membantu melancarkan proses pencernaan. Manakala Vitamin B6 di dalam kurma pula berupaya menggalakkan penghantaran oksigen ke bahagian organ dalaman tubuh termasuk otak sekaligus membantu meningkatkan tahap tenaga di samping meningkatkan daya tumpuan dan memori serta membantu meredakan tekanan.

Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga dan terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Ia mengandungi vitamin B kompleks, magnesium, fosforus, mangan dan potassium yang berperanan memelihara kesihatan tulang dan gigi selain meningkatkan tahap metabolisme, menggalakkan fungsi otak dan sistem saraf, serta menstabilkan tekanan darah. Selain berupaya meningkatkan sistem imunisasi yang berperanan mencegah daripada penyakit, madu turut bertindak sebagai agen antioksida dan antiradang di samping membantu menggalakkan proses pemulihan luka dan memelihara kesihatan kulit.

Roselle: Roselle kaya dengan zat vitamin C yang bersifat antioksidan dan penting untuk kesihatan kulit, di samping mengandungi serat yang bertindak melancarkan sistem penghadaman di samping meningkatkan keanjalan kulit. Di samping itu, Roselle yang sarat dengan vitamin B1, B2 dan D yang berupaya mengurangkan kadar kolestrol jahat sekaligus memelihara kesihatan jantung. Ia turut membantu mengurangkan risiko serangan kanser, mengatasi masalah kulit dan insomnia, menstabilkan tekanan darah, melancarkan sistem pencernaan serta melambatkan penuaan kulit.

Delima: Delima mengandungi mengandungi anthocyanin dan tannin hidrolisis yang merupakan agen antioksida yang berfungsi menyingkirkan toksin daripada tubuh badan seterusnya membantu mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan dan serangan kanser. Selain membantu menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit yang sihat, delima juga mampu memperbaiki tekstur kulit, meningkatkan keanjalan dan kecerahan kulit, serta mengatasi masalah seperti kedutan dan garis-garis halus. Di samping itu, buah delima juga berupaya memelihara kesihatan jantung, melancarkan sistem pencernaan serta meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan.

Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan tubuh badan. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya meningkatkan keanjalan kulit dan memelihara keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan pada kulit yang terluka.

Cara Penggunaan Perawan Gold

  1. Ambil 2 sudu Jus Collagen Perawan Gold setiap pagi dan malam.
  2. Amalkan meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong setiap hari.
  3. Tidak sesuai untuk wanita dalam haid dan ibu hamil.
  4. Simpan di tempat yang sejuk selepas dibuka.

Maklumat Penting. Wajib Baca.

Semua produk adalah 100% asli.

Jaminan dari saya yang telah berniaga sejak 2008.

Sekiranya anda beli lebih dari 1 produk, ada diskaun lagi. Sila whatsapp/sms saya untuk harga special.

Jika ada sebarang pertanyaan, sila whatsapp/sms ya. Dan tlg jangan merajuk, marah, blok jika saya lambat balas. Sy ada tanggungjawap sbg manusia, suami dan ayah.

Sebaiknya baca info dibawah sehingga habis sebab kadang-kadang benda yang anda nak tanya telah dijawab dibawah.

INGAT... Membaca itu amalan mula. Ahakz....

Berkenaan Penghantaran

Bila anda membuat pesanan dgn saya, pesanan anda akan dipos dalam masa 24 jam. Sbg cth, order hari isnin, hari selasa saya pos. Order hari selasa, hari rabu saya pos. Jika order hari sabtu atau ahad, saya akan pos pada hari isnin. Jika ada sebarang masalah, saya akan hubungi anda.

Semua urusan penghantaran adalah melalui POSLAJU atau DHL saja.

Pesanan yang telah dipos akan ambil masa 1-3 hari bekerja bagi kawasan-kawasan bandar besar. Contoh KL, Kuantan, Johor Bahru, Kuching, Kota Kinabalu dan lain-lain.

Jadi, jika anda tidak setuju atau nak barang segera, tolong jangan order dengan saya. Saya tak pening kepala, anda pun tak pening kepala. Ingat, kita semua tiada masa untuk pening kepala. hehe...

Akhir Kata

Sekiranya produk yang diterima salah atau tak cukup, sila whatsapp/sms/call elok. Harap anda faham saya hanya manusia biasa. Tak lari dari kesilapan.

Dan harap bersabar jika whatsapp/sms anda lambat di reply. Mungkin, mungkin masa tu saya tgh tido,berak, memandu atau berjimak.



Perawan Gold Reviewed by Shafi on November 03, 2009 Rating: 5

Tiada ulasan:

All Rights Reserved by PRODUKCINTA: KEDAI SUAMI ISTERI © 2007 - 2019
Dikuasakan oleh Blogger.