Ladies Collagen - PRODUKCINTA: KEDAI SUAMI ISTERI

Top Ad unit 728 × 90

Ladies Collagen


Ladies Collagen adalah campuran 16 herba terpilih termasuklah Pueraria Mirifica, Kacip Fatimah, Habbatus Sauda dan Goji yang bukan sahaja dapat memelihara kesihatan dalaman kaum wanita, malah berupaya meningkatkan tahap kecergasan selain membantu menyerlahkan keanggunan dan keremajaan yang berpanjangan.

Khasiat Ladies Collagen

  • Membantu meningkatkan kecergasan dan kesegaran tubuh badan
  • Memelihara kecantikan dan keremajaan kulit
  • Menyihat dan menguatkan bahagian rahim
  • Membantu mengetatkan otot faraj
  • Mengurangkan masalah senggugut, keputihan dan kitaran haid yang tidak menentu
  • Meredakan simptom-simptom menopaus
  • Meningkatkan tenaga dan fungsi seksual para isteri seterusnya membahagiakan rumahtangga
  • Mengurangkan risiko sembelit dan buasir
  • Memelihara kesihatan tubuh badan
  • Menguatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah jangkitan penyakit

Kandungan Ladies Collagen

Pueraria Lobata: Pueraria Lobata sering digunakan dalam perubatan tradisional di China dan Jepun sejak beribu-ribu tahun untuk mengatasi pelbagai jenis masalah kesihatan. Herba ini mengandungi flavonoid yang bertindak melancarkan peredaran darah dalam tubuh sekaligus menggalakkan fungsi organ di samping nutrien isoflavon yang bersifat antioksidan serta mampu melambatkan proses penuaan dan mengurangkan risiko serangan kanser payudara.

Pueraria Mirifica: Pueraria Mirifica terkenal dengan keupayaannya untuk menganjal dan membesarkan saiz payudara di samping membantutkan pertumbuhan sel kanser bagi penghidap kanser payudara. Phytoestrogen yang terkandung dalam Pueraria Mirifica mampu mengatasi osteoporosis dan simptom-simptom menopaus. Selain itu, ia juga berupaya memelihara keremajaan kulit, membentuk tubuh badan yang langsing, meningkatkan tahap tenaga, memulihkan kesakitan pada bahagian rahim serta membantu mengatasi masalah keputihan.

Kacip Fatimah: Kacip Fatimah merupakan herba tradisional yang terkenal dengan khasiatnya untuk kesihatan dalaman wanita. Ia mengandungi phytoestrogen yang berupaya mengetatkan otot faraj, mengatasi keletihan, keputihan dan ktaran haid yang tidak stabil di samping membantu meningkatkan keinginan (libido) dan fungsi seksual wanita. Di samping itu juga, ia turut berupaya memelihara sistem kardiovaskular yang terdiri daripada darah, saluran darah serta jantung seterusnya membantu meningkatkan lagi tahap kesihatan anda secara menyeluruh.

Akar Serapat: Akar serapat merupakan antara herba yang berkesan untuk mengetatkan otot faraj. Ia berupaya memperbaiki dan menegangkan tisu faraj selain membantu menghalus serta mencantikkan kulit. Ia juga mampu mengukuhkan otot dan sendi, di samping mengatasi kekejangan otot rahim dan kelesuan ketika haid. Akar serapat juga berupaya melancarkan peredaran darah bagi meningkatkan kadar oksigen sekaligus meningkatkan fungsi organ dan tahap kesihatan dalaman kaum wanita.

Habbatus Sauda: Di samping merawat masalah kesihatan serta menjana tenaga dan kecergasan tubuh, Habbatus Sauda turut berupaya meningkatkan tenaga seksual di samping membantu mengatasi masalah kesuburan. Ia turut berupaya melancarkan peredaran darah serta membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah serangan penyakit.

Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga dan terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Selain meningkatkan tahap metabolisme, madu turut berupaya menstabilkan tekanan darah, meningkatkan sistem imunisasi yang berperanan mencegah serangan penyakit serta bertindak sebagai agen antioksidan dan antiradang di samping membantu menggalakkan proses pemulihan luka dan memelihara kesihatan kulit.

Manjakani: Manjakani bersifat antioksidan yang bukan sahaja mampu menyingkirkan toksin dari tubuh badan, malah melambatkan proses penuaan sel serta menentang serangan kanser payudara dan rahim. Manjakani turut berupaya membasmi kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada bahagian intim wanita serta membantu mengatasi masalah keputihan, manakala sifatnya astringennya pula berperanan penting untuk mengecutkan tisu faraj.

Goji: Goji kaya dengan vitamin B1 (Thiamin) dan kalsium yang berupaya meningkatkan tahap tenaga dan mengurangkan lemak berlebihan dalam tubuh, manakala asid Amino L-glutamine dapat meningkatkan penghasilan tisu otot tanpa lemak. Goji juga mengandungi mineral seperti zat besi, magnesium, fosforus, kalium, selenium, natrium dan zink yang penting untuk metabolisme tubuh di samping menjana tenaga fizikal, memelihara sistem penghadaman, mengurangkan kekejangan dan keletihan otot serta melegakan masalah sindrom pra haid bagi kaum wanita.

Delima: Buah delima yang kaya dengan vitamin A, C dan E ini mengandungi antioksidan seperti anthocyanin, flavonoid dan asid ellagic yang lebih tinggi daripada teh hijau dan buah oren yang dapat mencegah serangan penyakit jantung, diabetes atau kencing manis mahupun kanser. Di samping itu, ia juga dapat mengawal paras kolestrol dan gula dalam darah, menstabilkan tekanan darah, melancarkan proses penghadaman serta membantu menguatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah jangkitan penyakit. Buah delima turut bertindak sebagai anti-penuaan serta membantu menggalakkan penghasilan kolagen yang ternyata baik untuk struktur kulit yang lebih tegang dan anjal.

Kismis: Kismis yang merupakan buah anggur yang telah dikeringkan sangat kaya dengan khasiat dari sumber kalsium, zat besi, vitamin dan folat yang berupaya memelihara sistem saraf, membina tulang dan gigi yang sihat, menstabilkan tekanan darah serta membantu menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit. Selain membantu menjana penyerapan nutrien ke dalam tubuh badan, kismis turut mampu membantu meningkatkan tahap tenaga fizikal di samping membentuk sel darah merah yang amat penting bagi peredaran darah ke seluruh tubuh termasuk bahagian otak sekaligus merangsang daya memori dan tumpuan. Ia juga kaya dengan kaya dengan serat yang bertindak melancarkan proses pencernaan serta membantu mengatasi masalah sembelit.

Ginkgo Biloba: Ginkgo Biloba yang bersifat antioksidan ini telah digunakan selama 5 abad di China untuk melancarkan peredaran darah, membantu mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan. Selain itu, ia juga berupaya meredakan tekanan, mengatasi keletihan di samping membantu menggalakkan fungsi dan keinginan seksual.

Buah Pinang: Buah pinang sering tumbuh di kawasan tropika di Pasifik, Asia dan Afrika Timur serta sering dipanggil Betel Palm. Ia mengandungi alkaloid yang berupaya meneutralkan racun dalam tubuh badan. Selain itu, pinang turut berperanan mengecutkan rahim selepas bersalin, merawat luka, serta mengatasi masalah pendarahan yang berlebihan ketika haid.

Asam Jawa: Asam Jawa yang kaya dengan kandungan vitamin B dan kalsium ini berupaya membantu mengubati pelbagai jenis penyakit seperti masalah pernafasan, demam dan penyakit kulit di samping mempercepatkan pemulihan luka dan mengatasi perut kembung. Selain itu, Asam Jawa turut berfungsi mengurangkan sakit sendi dan radang, di samping membantu mengukuhkan tulang dan otot.

Kunyit: Kunyit mengandungi serat, zat besi, kalsium, magnesium serta vitamin C, E dan K yang berupaya melancarkan proses pencernaan serta menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah serangan penyakit. Di samping itu, ia juga berkesan untuk mengawal paras kolestrol dan gula dalam darah serta mengurangkan masalah radang usus, perut kembung dan angin dalam badan. Kunyit juga baik untuk merawat penyakit sendi serta mempunyai sifat antiseptik yang berupaya mempercepatkan pemulihan luka serta turut berupaya merawat masalah radang.

Puri Mangga: Mangga kaya dengan antioksidan dari sumber vitamin C yang bukan sahaja mampu melambatkan proses penuaan, malah mampu mengurangkan risiko serangan kanser. Ia juga tinggi kandungan serat yang berupaya melancarkan proses penghadaman seterusnya meningkatkan tahap metabolisme bagi membantu menggalakkan pembakaran lemak di samping mengurangkan paras kolestrol LDL yang tidak baik untuk kesihatan terutamanya terhadap bahagian jantung. Selain itu juga, mangga turut mampu menstabilkan paras gula dalam darah, memelihara kecantikan kulit dan rambut serta membantu menguatkan sistem imunisasi yang berperanan menentang serangan penyakit.

Cara Penggunaan Ladies Collagen

  1. Ambil 1 hingga 2 sudu Ladies Collagen menggunakan sudu plastik.
  2. Kemudian, minum segelas air kosong atau jus buah-buahan.
  3. Amalkan setiap kali sebelum sarapan pagi.
  4. Goncang botol sebelum minum.
Ladies Collagen Reviewed by Shafi on Oktober 22, 2011 Rating: 5

Tiada ulasan:

All Rights Reserved by PRODUKCINTA: KEDAI SUAMI ISTERI © 2007 - 2019
Dikuasakan oleh Blogger.